Sudah sekian lama para saintis
kebingungan tentang bagaimana sebuah piramid yang merupakan salah satu
bangunan ajaib di dunia ini dibina. Terdapat pelbagai teori yang
dikemukakan untuk mengetahui teknologi yang digunakan dalam pembangunan
piramid ini kerana teknologi untuk mengangkat batu-batuan besar yang
beratnya mencapai ribuan kilogram ke puncak bangunan belum memungkinkan
di zamannya. Apakah rahasia di sebalik pembangunan piramid ini?
Harian Amerika Times edisi 1
Disember 2006, telah menyiarkan satu berita saintifis yang mengabarkan
bahwa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membangun piramid.
Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk
membuat piramid adalah dari tanah liat yang dipanaskan sehingga
membentuk batuan keras yang sukar dibedakan dengan batu asalnya.
Al-Quran Telahpun Mempunyai informasi :
Jika dikaji lebih mendalam,
ternyata Al-Quran telah menjelaskan perkara ini 1400 tahun silam sebelum
kajian saintifik dijalankan. Perhatikan sebuah ayat Al Quran yang
berikut:
وَقَالَ
فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ
غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا
لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ
الْكَاذِبِينَ
“Dan berkata Fir’aun: ‘Hai
pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka
bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku
bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan
sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang
pendusta.” (Al-Qasas: 38)
Para saintis mengatakan bahawa
Firaun mahir di dalam bidang ilmu kimia dalam memproses tanah liat
sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan adalah sangat misteri
jika dilihat dari spesifikasi batu yang mereka tinggalkan.
Profesor Gilles Hug, dan Dr.
Michel Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza,
dibuat dari dua jenis batuan yang terdiri dari batu asli dan batu-batu
yang dibuat secara manual hasil dari olahan tanah liat.
Gilles Hug (kiri) dan Dr. Michel Barsoum (berdiri) |
Artikel kajian yang
diterbitkan oleh majalah “Journal of the American Ceramic Society”
menegaskan bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina
monumen yang tinggi, termasuk piramid.
Karena tidak mungkin bagi
seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sebaliknya pada
dasar piramid, Firaun menggunakan batu asli.
Lumpur tersebut merupakan
campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan air garam dan ini akan
menghasilkan terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian olahan itu
dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid.
Ringkasnya lumpur yang sudah diaduk mengikut ukuran yang dikehendaki
tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di
dinding piramid.
Profesor Davidovits telah
mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis
dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut. Hasilnya,
Davidovits menegaskan bahawa batu itu diperbuat dari lumpur. Selama ini,
tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu untuk
membedakan antara batu alam dengan batu buatan manusia.
Sebelumnya, seorang saintis
Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawaban dari
pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Guy Demortier berkata,
“Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang
barulah saya yakin bahwa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan
menggunakan tanah liat.”
Profesor Davidovits |
Penemuan oleh Dr
Perancis Joseph Davidovits ini adalah hasil kajian yang memakan masa
kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang begitu lama terhadap
piramid Bosnia, “Piramid Matahari” dan menjelaskan bahawa batu-batunya
diperbuat dari tanah liat. Ini memperkuatkan lagi bahawa kaedah ini
tersebar luas di masa lalu.
Gambar di atas menunjukkan
kaedah tuangan batu berasal dari tanah liat telah dikenali sejak ribuan
tahun yang lalu dalam teknologi yang berbeda baik Roma ataupun Firaun.
Bukti-bukti dari kajian
menunjukkan kepada kita semua bahwa bangunan bangunan raksasa,
patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam teknologi
canggih zaman dahulu, juga dibuat dari tanah liat. Al-Quran adalah kitab
pertama yang menjelaskan rahsia bangunan piramid, bukan para Ilmuwan
Amerika, maupun Perancis.
Kita tahu bahwa Nabi saw tidak
pernah pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid, bahkan mungkin
tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa
hidupnya Nabi saw ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satu pun di muka
bumi ini pada masa itu yang mengetahui tentang rahasia piramid. Sebelum
ini, para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan tanah liat yang
dipanaskan untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun
kebelakangan ini.
Ajaib, 1400 tahun yang lampau,
Nabi Muhammad saw, beratus tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun
memberitahu bahwa Firaun membina monumen yang kini dikenali sebagai
Piramid menggunakan tanah liat.
Kenyataan ini sangat jelas dan
kuat untuk membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw tidaklah berbicara
mengikut hawa nafsunya melainkan petunjuk dari Allah swt yang
menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang
menyelamatkan nabi Musa. Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi
terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi
kebenaran kenabiannya di kemudian hari.
Source: Majalah Biar Betul, dikutip Eramuslim